Thursday, February 19, 2009

Hidup ,

Hidup ini bukan fantasi,

Hidup ini bukan mimpi,

Tapi hidup adalah realiti,

Realiti yang abadi.


Hidup,

Hidup ini hanya sementara,

Sementara bagi hamba-NYA,

Kecuali bagi yang terleka,

Terleka kerana terlupa.


Hidup,

Hidup ini penuh impian ,

Beribu-ribu impian ,

Ada yang kesampaian ,

Ada yang terhalang di tengah jalan .


Hidup,

Hidup ini penuh tujuan,

Tujuan untuk menggapai impian ,

Hidup harus diteruskan ,

Untuk penuhi segala impian .


Impian,

Gapailah impian selagi terdaya ,

Selagi ada keinginan untuk berjaya ,

Kejarlah cita-cita sehingga berjaya,

Selagi hayat dikandung usia.


Impian,

Bukan mudah menggapai impian,

Apapun jua bisa terbukti,

Andai langkahmu tidak terhenti

Selagi nadimu tidak berhenti.


Impian,

Impian di hati,

Bersama janji,

Azam sejati,

Pasti impian menjadi realiti.

No comments:

Post a Comment