Tuesday, February 10, 2009

Orang- orang Melayu zaman sekarang.


Makcik A pergi ke pasar dan terserempak dengan makcik B dan C. Kerana sudah lama tak jumpa, mereka berborak buat seketika.

Makcik A: EH B! EH C! Dah lama tidak jumpa ya?

Makcik B: Betul tu. lama dah tak jumpa.

Makcik C: Anak kau baik A?

Makcik A: Alhamdullilah. Anak korang?

Makcik B: Baik. Sekarang dekat Junior College.

Makcik C: Sama lah anak aku. Junior College.

Makcik A: Bagus la tu.

MAkcik C: Anak kau pulak A. Sebaya dengan anak- anak kita kan. Sekolah mana?

Makcik A: Anak aku si M tu sekarang masuk Poly. Bulan empat ni start.

Tiba- tiba, wajah Makcik B dan C berubah. Mereka tersipu- sipu bagaikan menyindir Makcik A.

Makcik A: Kenapa yer?

Makcik B: Kenapa masuk Poly?

Makcik A: Dia yang pilih masuk Poly. Biarkan lah. Lagipun dia minat dalam bidang yang dia pilih. Saya tak paksa dia.

Makcik C: Kalau anak saya, saya tak izinkan. Saya akan suruh anak saya masuk Junior College juga.

Makcik B: Betul tu. Saya akan izinkan anak saya masuk Poly kalau keputusan dia teruk.

Makcik A: Takpa la. Saya yakin anak saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Keputusan anak saya bagus sekali. Anak-anak awak bagaimana? Anak saya dapat markah L1R5 10. Dia masuk course ********.

makcik B dan C terkejut dengan kenyataan Makcik A.

Makcik A: B, C. Anak awak macam mana?Sekolah mana yer?

Makcik B: err. Anak saya sekolah ********* JC. Markah dia 16.

Makcik C: hmm. anak saya dapat 19. masuk ****** JC.

Makcik B dan C terus tertunduk rasa malu tak terhingga. Mereka terus bersalaman dan terus beredar dari situ.


Sesiapa yang membaca, jangan tersinggung ye. Ini hanyalah rekaan semata-mata. Ia tidak ditujukan kepada sesiapa pun baik yang hidup ataupun yang telah mati.

Salam.

No comments:

Post a Comment